Sempena menyambut kedatangan Ramadhan ISMA Shah Alam Klang akan menganjurkan program tahunannya iaitu Program Nur Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan dinyatakan ketinggiannya sepertimana yang dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
"Bulan Ramadhan, bulan yang di-dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang batil),karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa..." (Al-Baqarah: 185).
Program pada tahun ini dianjurkan bersama dengan Kariah Surau Al-Islah Seksyen 7, Shah Alam.
Butiran Program
Tarikh : 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat : Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam
Tentatif Program
| 8.00 - 11.00 pagi | Gotong Royong bersihkan surau |
| 2.00 ptg | Persiapan memasak untuk Jamuan |
| 7.25 mlm | Solat Maghrib Berjamaah |
| 7.45 mlm | Ceramah Nur Ramadhan |
| Disampaikan oleh: Ust. Mohd Fathan Hussin |
| 9.00 mlm | Solat Isya' berjammah |
| 9.15 mlm | Jamuan Makan |
* Semua ahli ISMA dijemput hadir dalam semua aktiviti di atas.
* Makanan disediakan sepenuhnya oleh Pihak Surau.
Peta ke Lokasi