Berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah.

 اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

 
 

*Saringan Yang Disusun Semula Drp “Manhaj Harakah dalam Sirah Nabi SAW”.
Oleh:Muhammad Munir Al Qabban, Pustaka Drussalam, Alor Setar. Terjemahan Taib Azamuddin

INTRO: DAKWAH SECARA TERBUKA
Keterbukaan dakwah Rasulullah, selepas berdakwah secara rahsia, adalah melalui dua peringkat iaitu:
        a. Keterbukaan Rasulullah (secara individu baginda).
        b. Keterbukaan Muslimin (secara keseluruhan jama’ah).

Keterbukaan dakwah Baginda telah mengundang perseteruan dengan jahiliyah terhadap individu dan organisasi muslim.

Walau bagaimana pun orang-orang ‘Arab Masyarakat jahiliyah memegang teguh undang-undang “bagi yang teguh melindungi yang lemah”. (ms 58)


PERLINDUNGAN SECARA PERIBADI, SISTEM MAULA & JIWAR (KEJIRANAN)
Ia adalah satu cara perlindungan secara peribadi terhadap sesorang (seperti sistem kejiranan dan sistem maula) di mana pelindung itu akan mengisytiharkan perlindungan itu kepada masyarakat.

Istilah maula mempunyai pengertian tersendiri yang sediada di kalangan orang-orang Arab.(Pen)

Yang demikian itu adalah sesungguhnya Allah adalah pelindung (maula) orang-oramg yang beriman sedangkan orang-orang kafir tiada pelindung (maula) bagi mereka.” (Muhammad:11) (Pen)

i) Desakan Qaum Quraisy.
Ibn Ishak, “Yang menjadi tulang belakang kapada Rasulullah ialah bapa saudaranya, Abu Talib.” (ms 59)

Mereka mendatangi Abu Talib, “Wahai Abu Talib engkau mempunyai kedudukan dan kemuliaan di sisi kami…… Kami sudah tidak sabar lagi……. Enkau menahannya atau kita terpaksa menahannya atau kita terpaksa berbalah kerananya sehingga salah satu daripada kita binasa.” (ms 59) Asabiyah adalah perkara utama (pen).

Abu Talib, “Wahai anak saudaraku,…… Janganlah masukkan aku dalam perkara-perkara yang aku tidak pernah bercakap mengenainya.” (ms 59)

Rasulullah menjawab, “Wahai bapa saudaraku, Demi Allah sekiranya mereka meletakkan matahri di tangan kananku ………aghar aku meninggalkan urusan ini sehingga Allah menentukan kemenangan atau aku musnah kerananya, akutidak akan meninggalkannya.” Baginda memenangis (kerana kesihankan kesukaran Abu Talib-pen).

Abu Talib, “Sambutlah tanganku wahai anak saudaraku.” Kemudian, “Pergilah wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang engkau sukai. Demi Allah aku sesekali tidakakan membiarkan engkau.”

ii) ‘Uthman bin Maz’un
Uthman bin Maz’un telah mendapat perlindungan Al Walid bin al Mughirah dan kemudian membatalkan perlindungan itu. (ms 44)

ASOBIYAH KEKELUARGAAN
Di dalam setiap kaum Arab terdapat bani-bani yang menjadi kelompok ‘asabiyah yang sangat mendalam.

Perlindungan diatas ‘asabiyah ini adalah penting di dalam sirah baginda kerana baginda dan para sahabat telah mendapat manfa’at daripada fahaman serta ‘amalan sedemikian. Selain daripada mengurangkan kesan ancaman-ancaman, ia juga memberi “passport” dan “mileage” kepada dakwah baginda. Perlindungan ini ada yang membawa kesukaran terhadap pelindungnya di sebabkan kebencian oleh sistem jahiliyah terhadap Islam.

Terdapat beberapa peristiwa yang baginda lalui di mana baginda dan para sahabt mendapat perlindungan ini:

i) Pakatan Untuk Membunuh Rasulullah.
Berkata Musa bin ‘Uqbah dari Ibni Syihab, “Mereka sepakat untuk membunuh Rasulullah secara terang-terangan. Apabila mendengar berita ini, Abu Talib serta merta mengumpulkan Bani Hayim dan Bani Mutalib kemudian memasukkan Rasulullah ke dalam (syi’ib) mereka dan melindunginya datipada orang-orangyang ingin membunuhnya. Mereka melakukan di antara lain kerana sikap fanatik kabilah yang wujud dan ada pula yang bangkit di atas dasar keimanan dan keyakinan.” (ms 111)

ii) Ketika Menyeru Bani Hashim.
Baginda memanggil Bani Hasyim dan mereka menerima panggilannya. Bersama mereka adalah sebahagian dari keturunan Bani Al Mutalib bin Abd Manaf dimana jumlah mereka semua adalah 45 orang lelaki. Abu Lahab tampil lalu ber segera berkata, “Mereka ini semua adalah bapa-bapa saudara engkau….. Aku dapati tidak seorang pun yang datang kepada bani ayahnya dengan penu kejahatan sepertimana yang engkau bawa.” (ms 22)

Baginda berkata, “Segala puji bagi Allah dan aku lafazkan pujian hanya untukNya…… Sesungguhnya seorang utusan tidak akan membohongi keluarganya. Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya aku adalah Rasulullah…. (ms 23)

Abu Talib berkata, “Kami suka memberikan pertolongan kepadamu….. demi Allah kami akan sentiasa mendampingi dan dan mempertahankanmu walaupun jiwaku mendesak agar jangan memecahbelahkan agama Abdul Mutalib."(ms 23)

Abu Lahab berkata, “Demi Allah, ini adalah satu kejahatan, tinggalkan dia sebelum dia mempengaruhi kamu.”(ms 23)

Abu Talib, “Demi Allah, kami akan mempertahankanya selagi kami masih hidup.”(ms 23)

iii) Siksaan Qaum Quraisy
Quraisy saling berbalah kerana ada antara anak qabilah yang masuk Islam. (Maka-pen) setiap kabilah menangkap anak kabilahnya serta menyiksa dan memaksa kelluar dati Islam. Apabila Abu Talib melihat apa yang berlaku terhadap Bani Hasyim dan Banu Mutalib beliau menyeru mereka supaya melindungi Rasulullah. Semua menyahut seruannya kecuali Abu Lahab dan anak-anaknya. (ms 110).

Abu Talib telah menyuruh Baginda bertukar katil dengannya supaya beliau tahu siapa yang akan membunuh Baginda. (ms 114).

iv) Sekatan Ekonomi
Salah satu fanatisma di dalam jahiliyah dan juga orang Arab adalah kesanggupan sehinga bermati-matian (Pen).

Seorang Musyrik merengkok di salah satu sudut perkampungan Abu Talib dengan memegang senjata dan hampir-hampir meninggal dunia kerana kelaparan, dikelilingi anak-anak dan isteri sedangkan cita-citanya terhalang tanpa sebarang harapan lalau fikirannya digayuti pertanyaan, “Mengapa aku harus menderita sebegini?” Tetapi dia segera membuang dia segera membuang pertanyaan ini dan meyakinkan dirinya terhadap pendiriannya selama Abu Talib yang menyerunya, maka dia sama sekali tidak akan berundur walaupun apa yang terjadi. (ms 118)

KEJIRANAN

i) Fahaman Kejiranan Terhadap Abu Bakar. (ms 63)
Ketika Abu Bakar akan keluar besama-sama rombongan Hijrah ke Habsyah, beliau telah bertemu dengan Ibnu Ad Dughanah. “Kaumku telah menghalau akau. Aku inginkan keseesaan di bumi dan ingin beribadah kepada Tuhanku.” Ibnu Ad Dughanah berkata, “Orang seperti engaku tidak boleh keluar atau dihalau. Engkau melabakan orangyang tiada, menanggung kesusahan orang ramai, memuliakan tetamu dan menolong mengakkan kebenaran. Akulah jiran kau. Pulanglah dan dan sembahlah Tuhanmu di negerimu sendiri.”

Malam itu Ibn Ad Dughanah pun memberitahu kepada kaumnya dan mereka berkata kepadanya “Mengenai Abu Bakar, biarlah dia meyembah Tuhannya di dalam rumahnya, sembahyang di dalamnya, bacalah apa yang dia suka …… serta jangalah menonjolkan perbuatannya kerana kami takut fitnah kepada perempuan-perempuan kami dan juga anak-anak kami.”

Tetapi tidak lama selepas itu Abu Bakar membuat tempat ibadah di halaman rumahnya untuk bersembahyang dan membaca Al Quran, wanita-wanita musyrik dan anak-anak mula mengerumuni kerana takjub dengannya.”

Maka di atas tagihan qaum musyrikin, Ibnu Ad Dughanah pun meminta dikembalikan perlindungannya.

Abu Bakar berkata, ‘Aku kembalikan kepadamu sifat kejirananmu dan aku redha di samping Allah ta’ala.”

KEWIBAWAAN MUHAMMAD SAW
Mekah keseluruhannya adalah telah berada dalam bahaya, sehingga mengakibatkan perpecahan Mekah menjadi dua ketumbukan besar. Pertama, Muslimin bersama Bani Hasyin dan Bani Mutalib samada yang muslim mahupun yang kafir. Dan keduanya, kaum musyrikin dari kabilah-kabilah Quraisy yang lainnya. (ms 115)

Fenomena yang sangat unik. Seorang pemimpin musyrik berserta lapisan pendokongnya memberikan perlindungan kepada pemimpin Islam dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perlindungan tersebut meskipun hal tersebut akan mengakibatkan terjadinya pertempuran dan peperangan dengan pihak lain. (ms 111)

Tidak diragukan lagi bahawa kesucian keperibadian dan ketinggian kedudukannya di kalangan kedua qabilah inilah yang mendorong sikap tersebut. Sekiranya Rasulullah tidak mempunyai kewibawaan dan kehormatan di kalangan mereka, nescaya kedua-kabilah – Bani Hasyim dan Bani Mutalib – tidak akan sanggup melakukan peperangan demi membela Muhammad. (ms – 115)

Pemimpin kuffar ini tidak akan bersedia mangambil sikap tersebut seandainya bukan kerana kedudukan Rasulullahyang sangat tinggi di kalangan kabilahnya. Abu Talib tidak berhenti setakat itu sahaja bahkan berhasrat ingin memasukkan kesemua bani Abdi Manaf (meskipu merka juga musyrik) ke dalam kesatuannya dan menganggap keengganan mereka untuk melindingi Muhammad sebagai tikaman berat terhadap kehormata jahiliyah mereka. (ms 112)

KEAJAIBAN DALAM SEJARAH ISLAM
Perlindungan ini adalah terhadap peribadi dan dakwahnya meskipun dakwah tersebut menentang keyakinan dan pegangan para pelindungnya. Ini termasuk keajaiban yang pernah tercatat dalam sejarah. (ms 112)

PERLINDUNGAN LAIN

An Najasyi
Apabila rombongan Amru bin Al ‘As telah bertemu An Najasyi buat kali kedua, mereka memefintahkan Muahirin Muslimin (lagi sekali-pen) tentang Isa. Lalu dijawab oleh Ja’afar jwapan yang tepat seperti yang diajar oleh Rasulullah. Bahkan orang-orang Islam telah diberikan sepenuh kebebasan di Habsyah. (ms 87)

Amru ibnul ‘As yang menyampuk An Najasyi telah diberitahu oleh baginda, “Walaupun kamu menyampuk, demi Allah! Pergilah kamu dengan aman di negeriku. …… Aku tidak suka mendapat emas sebesar gunung sedangkan aku menyiksa seorang lelaki di kalangan kamu.” Lalu, hadiah yang dibawa oleh ‘Amru itu dipulangkan, hubungan diplomasi di antara Mekah dan Habsyah terputus. (ms 96)

Amru tidak balik ke Mekah tetapi telah mencetuskan perang saudara diantara dua kumpulan iaitu kumpulan yang memberikan sokongan kepada Rasulullah dan kewujudan Islam (di Habsyah) yang diketuai oleh An Najasyi sendiri dan penentang kewujudan Islam (di Habsyah) yang disokong oleh jeneral-jeneral. Mereka akhirnya menyertai pemberontak-pemberontak ini menentang Najasyi.

Di dalam peperangan itu Najasyi telah menulis dua kalimah syahadah didalam buku dan menyembunyikannya dari kaumnya di dalam bajunya. Baginda merahsiakan keIslamannya dan telah menyediakan perahu bagi orang–orang Islam kerana muslihat (oleh baginda, sekiranya baginda kalah-pen) bagi Islam dan Muslimin. (Ms 98)

Di dalam peperangan itu An Najasyi telah menang. Tetapi para pemberontak terus memusuhi beliau sehingalah beliau meninggal, sebagai Muslim. Rasulullah telah menyembahyangkan beliau selepas mendapat perkhabaranan kematian beliau.

Najasyi menjadi susah kerana menolong rombongan Islam. Walaupun begitu beliau telah mendapat hadiah yang besar iaitu hidayah untuk beriman dan mati sebagai seorang Mukmin.(Pen)

SOALAN ‘AM

1. Selama berapa tahunkah perlindungan oleh Abu Talib terhadap baginda Rasulullah?                             Bayangan: Abu Talib meninggal pada Tahun Kesedihan Rasulullah. (ms 61). (Ar Raheeq Al Makhtum(riadh) 2002 Pg 114)
                        A. 8 tahun.
                        B. 9 tahun.
                        C. 10 tahun.


2. Berapa tahunkah tempoh keseluruhan Ja’far bin Abi Talib dan rombongan hijrahnya duduk di Habsyah?
                    Bayangan: Mereka berhijrah pada Tahun Kerasulan ke5 dan balik semasa serta menyertai Peperangan Khabar. (ms 52, 58)
                    A. 8 tahun.
                    B. 9 ½ tahun
                    C. 11 tahun.


 
 

Oleh: Shahrir Rizal

Daripada Abu Hurairah (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda,

"Tujuh golongan akan mendapat Perlindungan Allah Taala di akhirat nanti di mana tiada perlindungan melainkan Perlindungan Allah Taala sahaja. Mereka ialah:
1. Pemerintah yang adil.
2. Seseorang yang sejak zaman kanak-kanak dan zaman mudanya sentiasa berbuat baik dan tidak pernah melanggar batasan-batasan Islam.
3. Seseorang yang lekat hatinya kepada masjid.
4. Seseorang lelaki yang didatangi perempuan lalu mengajaknya melakukan persetubuhan dan lelaki tersebut menolaknya dengan menyatakan, "Sesungguhnya saya takutkan azab Allah Taala".
5. Dua orang yang bersahabat, persahabatan mereka adalah semata-mata kerana Allah Taala.
6. Seseorang yang bersedekah secara bersembunyi hinggakan tangan kiri beliau tidak mengetahuinya.
7. Seseorang yang mengingati Allah Taala bersendirian sehingga menitiskan air matanya."

(Sahih Bukhari)

Dalam konteks kita pada masa sekarang terutamanya pelajar, kalau difikirkan, cuma satu atau dua sahaja daripada tujuh golongan di atas yang mungkin tidak dapat kita laksanakan iaitu yang pertama dan yang keempat kerana ianya mengikut keadaan dan suasana. Yang lain adalah sangat mudah kita lakukan dan yakinlah bahawa Janji Allah Taala pasti akan berlaku. Oleh itu rebutlah peluang ini dan sama-samalah kita berusaha mencari Perlindungan Allah Taala dari azabNya di padang mahsyar nanti.

 
 

Oleh: Sharir Rizal Kasjoo

Menuntut ilmu merupakan perkara sangat dituntut dalam Islam. Dalam kita sibuk mencari ilmu pengetahuan, pernahkah kita bertanya kepada diri kita apakah tujuan sebenar kita menuntut ilmu. Adakah kita ikhlas dalam menimba ilmu? Adakah ilmu yang kita perolehi akan memberikan manfaat kepada diri kita lebih-lebih lagi manfaat kepada umat Islam?

Ambillah hadis di bawah ini sebagai nasihat dan peringatan kepada kita agar niat kita menuntut ilmu tidak akan tergelincir dari landasan yang sepatutnya.

At-Tirmizi telah meriwayatkan daripada Ka'ab bin Malik r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menuntut ilmu untuk menandingi ulama' dengan ilmunya, untuk menjatuhkan orang yang bodoh dan untuk menarik perhatian manusia kepadanya, akan dimasukkannya oleh Allah Taala ke dalam neraka."

 
Halaman Artikel 04/25/2008
 

Memuatkan Artikel dan Bahan-bahan Ilmiah yang disumbangkan oleh ahli-ahli ISMA Shah Alam Klang (SAK).