Kg. Delek, 26 Oktober - Majlis Sambutan Aidilfitri KRIM Shah Alam Klang yang julung kalinya diadakan telah berjaya menghimpunkan kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada remaja, kanak-kanak dan ibubapa. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tgh. hari.

Antara pengisian program ialah tazkirah raya yang disampaikan oleh Ust. Azreen. Beliau menyentuh perihal perlakuan kita semasa Ramadhan dan Raya. Selain itu satu aktiviti remaja turut dijalankan dan cabutan bertuah.

Program dirasmika oleh al-akh Abd. Razak selaku Timbalan yang di-Pertua ISMA Shah Alam Klang. Rata-rata remaja menzahirkan keseronokan disamping cuba memahami konsep menyambut raya yang sebenar.

 
 

Tarikh: 19 Okt. 2008 (Ahad)
Tempat: Taman Rekreasi Seksyen 4, Shah Alam
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
Semua dijemput hadir
Peta :

 
 

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan ISMA Shah Alam Klang akan menganjurkan program tahunannya iaitu Program  Nur Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan dinyatakan ketinggiannya sepertimana yang dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
"Bulan Ramadhan, bulan yang di-dalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dengan yang batil),karena itu barangsiapa diantara kamu menyaksikan (masuknya bulan ini ), maka hendaklah ia puasa..."  (Al-Baqarah: 185).

Program pada tahun ini dianjurkan bersama dengan Kariah Surau Al-Islah Seksyen 7, Shah Alam.

Butiran Program

Tarikh : 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat : Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam

Tentatif Program

8.00 - 11.00 pagi Gotong Royong bersihkan surau
2.00 ptgPersiapan memasak untuk Jamuan
7.25 mlmSolat Maghrib Berjamaah
7.45 mlmCeramah Nur Ramadhan
Disampaikan oleh: Ust. Mohd Fathan Hussin
9.00 mlmSolat Isya' berjammah
9.15 mlmJamuan Makan
* Semua ahli ISMA dijemput hadir dalam semua aktiviti di atas.
* Makanan disediakan sepenuhnya oleh Pihak Surau.

Peta ke Lokasi

 
 

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan satu seminar yang akan membincangkan isu kesan perang terhadap hak-hak kemanusian rakyat Iraq. Seminar yag bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Datuk Abdul Rahim Bakri itu bertujuan untuk membuat pendedahan sebenar terhadap kesan perang Amerika terhadap tragedi kemanusian di Iraq.

Seminar sehari itu dijadualkan akan berlangsung pada 26 Julai 2008 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Ia akan disampaikan oleh dua orang penceramah jemputan yang didatangkan khas dari Iraq.

Tanpa kita sedari perang penjajahan baru oleh kuasa Salib ke atas negara Islam Iraq telah menyebabkan ribuan manusia yang tidak berdosa terbunuh, lima juta anak menjadi yatim, empat juta pelarian dan ribuan wanita menjadi janda, kaum lelaki menjadi cacat dan hilang pekerjaan serta anak-anak hilang peluang untuk mendapat pendidikan yang normal. Selain dari itu berlaku juga kerosakan alam sekitar yang menyebabkan anak-anak menjadi cacat dan tumbuhan tidak dapat tumbuh dengan baik.

Ketiadaan jaminan keselamatan menjadikan penduduk Iraq sentiasa terdedah kepada ancaman dari kelompok-kelompok ekstrim yang berpegang kepada fikrah tertentu. Pembunuhan kejam dan pencabulan berlaku dalam bentuk yang tidak mampu untuk digambarkan oleh masyarakat yang hidup di zaman yang serba bertamadun ini.

Menyedari hakikat yang tertimbus ini maka ISMA mengambil inisiatif untuk mengadakan satu seminar bertujuan untuk membuat pendedahan yang wajar dan membongkar hakikat di sebalik kebisuan media.

Selain program kemuncak yang akan berlangsung pada 26 Julai 2008, ISMA juga menyusun lawatan ke beberapa negeri. Umat Islam yang berminat boleh mengikuti program tersebut mengikut jadual berikut.

Seremban: 12 Julai 8.00 pm di Masjid Bandar Senawang
Melaka: 15 Julai 8.00 pm di Multimedia University
Johor Baru: 19 Julai 8.00 pm di Masjid Bandar Baru Uda, Johor Baru
Ipoh: 24 Julai 8.00 pm di Masjid Muhibbudin Shah, Hospital Ipoh
Kepala Batas: 25 Julai
12.30 tgh. di Masjid Takwa Bertam Indah
4.00 pm di STAIL, Kepala Batas
8.00 pm di Masjid Batu Kg. Pertama, Permatang Pauh

 
 
 
 

Harap dapat bersabar dan sementara itu bolehlah lawati laman web ISMA